PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PBS
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Komponen PBS terdiri daripada:
•Pentaksiran Sekolah (PS)
•Pentaksiran Pusat (PP)
•Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK)
•Pentaksiran Psikometri (Ps)
untuk keterangan lanjut mengenai setiap komponen tersebut, sila rujuk lampiran yang disertakan.
| Attachment | Size |
|---|---|
| Brosur maklumat PBS.pdf | 131.68 KB |
Published Fri, 2012-08-10 10:40 printer friendly version