PELANCARAN HARI KOPERASI DAN MINGGU TEKNIK & VOKASIONAL 2012

Pihak sekolah telah menyempurnakan Pelancaran Hari Koperasi dan Minggu Teknik & Vokasional Tahun 2012 pada 25 Jun 2012 (Hari Isnin) pukul 7.30 pagi di tapak perhimpunan sekolah.
Di antara objektif Hari Koperasi dan Minggu Teknik & Vokasional ialah
i. memberi latihan urus niaga kepada ahli koperasi
ii.melatih ahli koperasi bekerjasama antara satu sama lain
iii. mencungkil sifat kepemimpinan ahli koperasi
iv. menyedarkan pelajar-pelajar agar menjaga bumi dengan menanam pokok disekitar sekolah
v. mendidik pelajar-pelajar agar berbelanja dengan berhemah dan rasional.
vi. menyedarkan murid mengenai kepentingan mata pelajaran dalam bidang teknik dan vokasional
vii. meningkatkan pengetahuan teknik dan voksional di kalangan murid
viii. mencungkil dan memperkembang daya inovasi pelajar
ix. mencungkil kebolehan pelajar melalui aktiviti yang dijalankan secara tidak formal.

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan sepanjang minggu Teknik dan Vokasional (25 Jun hingga 29 Jun 2012) termasuk
i. Pameran kerja kursus Kemahiran Hidup
ii. Pameran pertukaran Wang asing
iii.Gotong royong Bengkel KH
iv. Pameran Tokoh Usahawan Malaysia
v. pertandingan menulis esei Ekonomi
vi.Pengenalan Robotic
vii. Pertandingan Kuiz Ekonomi
viii.Pertandingan reka Cipta Batang Ais Krim
ix. Bengkel DIY Buku Nota
x. Pertandingan kuiz Perakaunan, KH
xi.Pertandingan lakaran Produk Inovasi (RBT)
xii, Pengenalan Perisian Komputer Perakaunan
xiii.Ceramah: Pembangunan Negara
xiv. Pertandingan Gubahan bunga
xv. Pertandingan memaku/Tanggam
xvi. Penggunaan Model 4 Stroke Petrol Engine

Sila rujuk Gallery- Album Minggu Teknik & Vokasional Untuk Gambar2 Foto


User login