Salam Sejahtera,
Saya mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web SMK La Salle PJ.
Kementerian Pelajaran memang menggalakkan sekolah-sekolah mewujudkan laman web masing-masing dengan tujuan sekolah dapat menyebarkan maklumat berkaitan perkembangan sekolah untuk pengetahuan umum. Saya berharap dengan usaha dan sokongan semua pihak, kita dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dan berkeupayaan.
Sekian. Terima Kasih.
Pn. Chong Ah Loi
Pengetua
SMK La Salle PJ
Welcome!/Selamat Datang
Sila klik pada empat pautan yang dipaparkan pada sebelah atas muka surat ini.
To begin, please click on any of the 4 links displayed at the top right hand corner of this webpage.
About the School | Gallery | Forum | Contact Us
Alternatively, you can register as a user of our website. All students and ex-students are most welcome to do so.
Penilaian Beasaskan Sekolah (PBS) or School Based Assessment.
Dear parents/guardians,
Attached here are some of the information about our School Based Assessment program which are currently being carried out for our form 1 and 2 students. Feel free to browse through and if you need further clarification on this matter , do drop by the school or give us a call and we can explain to you in detail. Thanking you in advance.
Cuti Umum Sempena PRU13.
Isnin , 6hb Mei,2013 telah diumumkan sebagai cuti umum bagi semua sekolah sempena pilihanraya yang ke 13 yang akan dijalankan pada 5hb.Mei,2013
Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
Tertera di bawah adalah jadual Ujian sumatif untuk murid - murid tingkatan 1 dan 2 iaitu sesi petang untuk tahun 2013.
Sila ambil perhatian dan pastikan anak Puan/Tuan bersedia mendhadapi ujian tersebut.
Sekian, harap maklum.
Selamat sejahtera, SMK La Salle Petaling Jaya akan mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 mulai 6hb Mei sehingga 23hb Mei 2013. Berikut adalah jadual waktu peperiksaan bagi tingkatan 1 hingga hingga 6.
Sila pastikan anak Tuan/Puan sudah bersedia menghadapi peperikaan tersebut. Sila pastikan anak anda membawa alat tulis yang mencukupi serta segala bahan yang diperlukan untuk menduduki peperikssan ini. Selamat maju jaya kami ucapkan. Sekian, terima kasih.
STPM 2012
Pada 17hb Mac 2013, keputusan STPM 2012 telah diumumkan.
Peratus lulus adalah 98.28% manakala seramai 12 orang telah memperolehi PNGK sebanyak 3.00 dan keatas.
Murid yang mendapat keputusan yang cemerlang ialah Adik Kavita A/P Gopalan dari aliran sastera yang telah berjaya mendapat 4A serta PNGK sebanyak 4.00.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar STPM tahun 2012.
SPM 2012
Pada 20hb Mac 2013 telah diumumkan keputusan SPM 2012.
Peratus lulus telah meningkat 1.7% kepada 95.4% kalau dibandingkan tahun 2011.
Sila ambil perhatian , Ujian Berkala I untuk murid - murid tingkatan 3 - 5 , akan diadakan pada minggu hadapan iatu dari 5hb.Mac 2013 hingga 08hb.Mac,2013.
Pastikan anak puan/tuan sudah bersedia untuk menghadapi Ujian Berkala I. Sekian , harap maklum.
To all parents , please be informed that the first test for form 3 to 5 , will be held from the 5th of March to 8th of March 2013. Thank you.
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SMK La Salle PJ kali ke 41 akan diadakan pada ketetapan yang berikut :
Tarikh : 23 Februari 2013
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Tan Sri Chan Ah Chye. SMK La Salle Petaling Jaya.
Semua ibu bapa dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis ini bersama - sama pihak sekolah.
Untuk Perhatian Semua Ibu Bapa/Penjaga,
Sekolah akan bercuti pada 13, 14 dan 15 Februari 2013 dan jadual persekolahan ganti adalah seperti yang berikut:
13 Februari 2013 (Rabu) - Cuti Upacara
14 Februari 2013 (Khamis) - Gantian 9 Mac 2013 (Sabtu)
15 Februari 2013 (Jumaat) - Gantian 27 April 2013 (Sabtu)
Kehadiran anak tuan/puan pada persekolahan gantian tersebut adalah wajib dan pihak sekolah berharap agar ibu bapa/ penjaga dapat menguruskan pengangkutan anak masing-masing.
Terima kasih.